Khamis, 10 September 2009

WAKTU DUNIA DI HUJUNG JARI ANDA
Sila seret tetikus ke peta dunia untuk mengetahui waktu negara yang dikehendaki

MOTIVASI TAHUN 6 

Bagi memantapkan kemahiran belajar murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi Peperiksaan UPSR 2009,
satu Kursus motivasi telah diadakan di Homestay Parit Penghulu pada awal Mei yang lalu. 
Seramai 28 orang murid Tahun 6 dan 2 orang guru pengiring telah hadir dalam kursus selama sehari itu.
Kursus yang bermula pada pukul 8.00pagi dan berakhir pada pukul 4 petang itu telah
dirasmikan oleh Tn. Hj. Mustafa Bin A Manan ( Guru Besar SK Kesang, Ledang ).
Dalam ucapannya beliau mengingatkan para pelajar supaya menggunakan peluang dan masa 
yang sebaiknya dalam persediaan menghadapi UPSR yang akan dihadapi nanti. Beliau juga
mengingatkan supaya para pelajar supaya mengamalkan tip-tip belajar yang diberikan oleh penceramah
dalam kursus tersebut dengan sepenuhnya.


LENSA SK KESANG SEBELUM BANGUNAN LAMA DIROBOHKAN


               
                   Dewan sekolah lama yang dibina pada 1937            Bangunan Blok A yang menempatkan
                                                                                                                 pejabat dan Kelas PRA
    
                                                             Bangunan yang menempatkan pejabat, kelas PRA Sekolah,
                                                                                           Kelas Tahun 1, 2 dan 3
                 

Rabu, 9 September 2009


LENSA KAMERA SEMASA LE TOUR DE LANGKAWI-2009
Melalui Jalan Raya Berhampiran Sekolah

Warga guru dan murid SK Kesang amat berbangga dan bersyukur kerana jalinan jalan raya ( LEBUH AMJ )
yang menghubungkan Melaka dengan Parit Bunga, Muar sering menjadi laluan para pelumba basikal dalam kejohanan berprestij LE TOUR DE LANGKAWI yang sering menggunakan laluan ini dalam jelajah dari Melaka ke Muar. SK Kesang yang terletak bersebelahan jalan sering terlibat dalam memberikan sokongan moral dan semangat kepada para pelumba yang melalui jalan tersebut. Begitu juga dengan penduduk kampung Kesang yang turut sama memberikan sokongan sama ada dari atas jejantas mahupun di bahu jalan.
 
Para pelumba sedang melalui laluan utama LEBUH AMJ ( Jalan raya Melaka-Muar)
bersebelahan SK Kesang Ledang, Johor
 
Pemandangan SK Kesang dari atas jejantas
 
Murid PRA Sekolah tidak terkecuali memberikan sokongan kepada pelumba bersama guru kelas mereka Pn. Normarziah 
dan Staf sokongan sekolah En. Sahak (PRA) menantikan kemunculan para pelumba( gambar kiri ), Manakala
gambar kanan menunjukkan pelumba sudah hampir melalui Kesang ke Muar.

 
SK KESANG MENDAPAT BANGUNAN BARU

SK Kesang Ledang sebuah sekolah Gred B yang terletak bersempadan Muar Johor dengan Sg Rambai Melaka telah mendapat bangunan baru mengandungi 2 blok bangunan 4 tingkat. Di bawah kepimpinan guru besar Tn. Hj. Mustafa B. A Manan bekas penyelia PPD Muar, telah berjaya merubah sedikit SK Kesang sama ada dari segi persekitaran, kemudahan prasarana dan juga pencapaian akademiknya.

Sesungguhnya segala perubahan ini adalah hasil komitmen padu pentadbir sekolah, warga guru, PIBG dan ibu bapa sendiri. Dalam pencapaian akademik pula SK Kesang telah menunjukkan pencapaian yang cukup membanggakan apabila dalam peperiksaan UPSR 2008 yang lalu seramai 5 orang telah mendapat 5A, satu pencapaian yang tidak pernah dicapai sepanjang sekolah ini diwujudkan hampir 80 tahun yang lalu.
MENGENALI WARGA GURU SK KESANG LEDANG JOHOR - 2009
   DUDUK DARI KIRI : 
                                                           Tn.Hj.Ahmad Syahir (Guru Agama), En.Huzaifah (Guru Muzik), En.Ahmad Zamri (Guru Tahun 2)
                                                           Pn.Hjh.Zabedah (GPK 1), Tn.Hj.Mustafa (Guru Besar),Pn.Hjh Zainun (GPK HEM), PnHjh.Jamilah
                                                                               (GPK K/K), En.Samsul (Guru Tahun 5), En.Ahmad Adnan (Guru Mate)
  BERDIRI DARI KIRI:  
                           Pn.Jamilah (Guru BM), Cik Syazwani (Guru J-QAF), Pn.Rohani (Guru Tahun 4), Pn.Julia (Guru Tahun 3) 
Pn.Khazemah (Guru Tahun 1), Pn.Noraini (Guru Tahun 6), Pn.Normarziah (Guru PRA SEK), Pn.Nurul Aminah (Guru BI), Cik Wan Ruzlia (Guru Agama), Pn.Rodziah (Guru Pemulihan)
MENGENALI WARGA GURU, STAF SOKONGAN DAN GURU PRAKTIKUM TAHUN 2009
DUDUK DARI KIRI
Pn. Asmah (Pemb.Tadbir), Pn.Zamiah (PPM),Pn.Jamilah (Pemb.Tadbir),Pn.Hjh.Zabedah (GPK1),
Tn.Hj.Mustafa (Guru Besar), Pn.Hjh.Zainun (GPK HEM), Pn.Hjh. Jamilah (GPK Ko/Ku)
Pn.Kamariah(PAP),Pn.Sakila(PAR)
BERDIRI TENGAH DARI KIRI
Pn.Rodziah, Cik Wan Ruzlia, Cik Syazwani, Pn.Julia, Pn Khairunnisa (G.PRAKTIKUM)
Pn.Khazemah,Pn Ziela (G.PRAKTIKUM),Pn.Normarziah,Pn.Noraini, Pn.Nurul Aminah,
Pn.Rohani, Pn Jamilah
BERDIRI BELAKANG DARI KIRI
En.Huzaifah, En.Sahak (PRA), En.Ahmad Adnan, Tn.Hj.Ahmad Syahir,En.Samsul, En.Ahmad Zamri

Selasa, 8 September 2009

GAMBAR ANTARA KELAS MURID-MURID SK KESANG LEDANG
 SESI PERSEKOLAHAN - 2009
KELAS PRA SEKOLAH
Guru Kelas : Pn. Normarziah Binti Mohd Nasir 
 
KELAS TAHUN 1
Guru Kelas : Pn. Khazemah Binti Khidhir

KELAS TAHUN 2
Guru Kelas : En. Ahmad Zamri Bin Kemat

KELAS TAHUN 3
Guru Kelas : Pn. Julia Binti Esnin

KELAS TAHUN 4
Guru Kelas : Pn. Rohani Binti Samad 
 
KELAS TAHUN 5
Guru Kelas : En. Samsul Bin Salleh 
KELAS TAHUN 6
Guru Kelas : Pn. Noraini Binti Abdullah


KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN ANAK-ANAK MURID KITA TERLETAK DITANGAN KITA
PERHIMPUNAN PAGI DAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah - 2009, pelbagai acara telah dianjurkan oleh pihak sekolah di bawah seliaan Pn.Jamilah Othman (GPK Ko/Kurikulum ) SK Kesang. Antara pertandingan yang 
dianjurkan ialah pertandingan melukis poster, kuiz kemerdekaan, pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik antara kelas dan deklamasi sajak Tahap 2. Dalam pertandingan tersebut ramai murid yang berbakat dapat dicungkil bakat mereka seperti dalam pertandingan poster, nyanyian lagu patriotik dan deklamasi sajak. 
Hadiah-hadiah bagi para pemenang telah disampaikan oleh 
Tuan Guru Besar Tn.Hj. Mustafa Bin A Manan pada perhimpunan pagi Isnin. 
Tahniah kepada para pemenang.
PRA SEKOLAH SK KESANG CIPTA SEJARAH

PRA Sekolah SK Kesang buat julung kalinya telah mencipta sejarah tersendiri yang telah membanggakan seluruh warga sekolah apabila berjaya menjadi johan dalam pertandingan PUZZLE yang diadakan di SK Sawah Ring, Muar pada 21 Mei 2009 yang lalu. Dengan kejayaan tersebut pelajar-pelajar berbakat ini telah terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri yang akan diadakan di Hotel Selesa Johor Bahru pada 15 dan 16 Jun 2009 nanti.

 
Murid PRA yang berjaya bersama hadiah dan Guru PRA serta Tuan Guru Besar
SK KESANG DAPAT BANGUNAN BARU

Warga SK Kesang khasnya guru-guru  dan murid-murid cukup gembira apabila sekolah telah mendapat peruntukkan untuk pembinaan blok bangunan baru yang lebih selesa dan cantik bagi menggantikan bangunan lama yang telah usang dan buruk.

Bangunan yang mengandungi 2 blok 4 tingkat itu dijangka akan siap pada hujung tahun 2010 nanti dan boleh mula digunakan pada pertengahan tahun 2011. Apa yang pasti dengan adanya bangunan baru yang mengandungi kantin, dewan, perpustakaan, bilik guru dan kelas-kelas pembelajaran diharap dapat mengatasi masalah kekurangan bilik darjah dan bilik-bilik khas yang selama ini menghantui warga SK Kesang.

Demi keselesaan pelajar dan warga SK Kesang, dewan sekolah lama ( gambar atas - kiri ) yang penuh nostalgia dan berdiri kukuh sejak tahun 1937 terpaksa dirobohkan demi sebuah pembangunan. Walaupun terkilan kerana bangunan tersebut boleh dikategorikan sebagai bangunan warisan namun kebajikan, keselesaan dan kemudahan prasarana sekolah terpaksa diutamakan.
Begitu juga dengan bangunan Pusat Sumber Sekolah ( PSS - gambar atas - kanan ) yang merupakan gedung ilmu para pelajar mencari sumber bacaan, terpaksa juga dirobohkan untuk memberi ruang kepada pembinaan bangunan yang lebih selesa dan besar dan pastinya Pusat Sumber Sekolah yang akan siap nanti lebih besar dan lebih selesa daripada yang dahulu.