Selasa, 8 September 2009

SK KESANG DAPAT BANGUNAN BARU

Warga SK Kesang khasnya guru-guru  dan murid-murid cukup gembira apabila sekolah telah mendapat peruntukkan untuk pembinaan blok bangunan baru yang lebih selesa dan cantik bagi menggantikan bangunan lama yang telah usang dan buruk.

Bangunan yang mengandungi 2 blok 4 tingkat itu dijangka akan siap pada hujung tahun 2010 nanti dan boleh mula digunakan pada pertengahan tahun 2011. Apa yang pasti dengan adanya bangunan baru yang mengandungi kantin, dewan, perpustakaan, bilik guru dan kelas-kelas pembelajaran diharap dapat mengatasi masalah kekurangan bilik darjah dan bilik-bilik khas yang selama ini menghantui warga SK Kesang.

Demi keselesaan pelajar dan warga SK Kesang, dewan sekolah lama ( gambar atas - kiri ) yang penuh nostalgia dan berdiri kukuh sejak tahun 1937 terpaksa dirobohkan demi sebuah pembangunan. Walaupun terkilan kerana bangunan tersebut boleh dikategorikan sebagai bangunan warisan namun kebajikan, keselesaan dan kemudahan prasarana sekolah terpaksa diutamakan.
Begitu juga dengan bangunan Pusat Sumber Sekolah ( PSS - gambar atas - kanan ) yang merupakan gedung ilmu para pelajar mencari sumber bacaan, terpaksa juga dirobohkan untuk memberi ruang kepada pembinaan bangunan yang lebih selesa dan besar dan pastinya Pusat Sumber Sekolah yang akan siap nanti lebih besar dan lebih selesa daripada yang dahulu.

Tiada ulasan: